Pengumuman
Dapatkan Bantuan Kaunseling Percuma di Al-Nidaa'
12 Feb 2008

Untuk memperluaskan lagi baktinya kepada masyarakat, insyaAllah, Al-Nidaa’ akan memulakan Khidmat Kaunseling mulai bulan Mac 2008 bagi memberi peluang kepada ahli-ahli jamaah dan orang awam mendapatkan khidmat nasihat dan jawapan ke atas masalah agama dan peribadi masing-masing.
Khidmat ini boleh didapati melalui panggilan telefon ataupun bertemu kaunselor di pejabat Al-Nidaa’ pada masa yang ditetapkan. Untuk berjumpa dengan mana-mana kaunselor sila hubungi pejabat Al-Nidaa’ bagi mendapatkan temujanji dahulu. Sila lihat jadual yang disertakan di bawah ini. Perlu diingatkan hanya panggilan telefon menggunakan nombor pejabat Al-Nidaa’ (03-77106900) sahaja akan dilayan.
Khidmat ini adalah percuma. Namun Al-Nidaa’ mengalu-alukan sumbangan kewangan bagi menampung kos-kos yang berkaitan dengannya.
Bayaran boleh dalam bentuk tunai, cek (atas nama Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa’ Malaysia) atau masukkan ke dalam BIMB akaun no: 12047010029150 kemudian fakskan bank-in slipnya ke 03-77107900.
|
|
Nama
|
Hari / bulan
|
Masa
|
|
1
|
Ustaz Shofwan Badrie
|
Rabu ketiga
|
12.30 tgh – 3.30 ptg
|
|
2
|
Ustaz Fadlan Othman
|
Ahad pertama & ketiga
|
5.45 ptg – 7.00 ptg
|
|
3
|
Ustaz Shapizan Johari
|
Jumaat pertama & ketiga
|
3.00 ptg – 5.00 ptg
|
(Khidmat Ustaz-ustaz lain sedang cuba didapatkan)
Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa' Malaysia
17A Lorong Datuk Sulaiman 7
Taman Tun Dr. Ismail
60000 Kuala Lumpur
Tel: 03-77106900 Faks: 03-77107900
Email: urusetia@al-nidaa.com.my
[ kembali ]