Pengumuman
MKLC - Kelas Amalan Islam - Setiap Sabtu
30 Nov 2008
|
TUJUAN
o Mendidik pelajar agar memahami Islam serta mengamalkannya.
o Bukan sekadar untuk lulus peperiksaan sahaja.
PENDEKATAN
o Belajar dengan nas-nas yang sahih dari Al-Quran dan Hadis
o Memahami konsep aqidah yang jelas
o Memahami ibadah yang menyeluruh (kaffah) meliputi hubungan dengan Allah dan hubungan sesama insan
o Menekankan kepentingan amalan
o Penghayatan ibadah dan akhlak
KANDUNGAN
o Secara langsung, Aqidah dan Ibadah
o Secara tidak langsung, Akhlak, Sirah dan Hafazan
o Rujukan utama, Al-Quran terjemahan. Oleh itu dalam menekankan aspek pemahaman, Bahasa Al-Quran (Arab) juga diajar, walaupun bukan dengan tujuan “mengaji”.
CARA MENGAJAR
o Secara pintar, menggunakan nas untuk menggalakkan pemahaman dan pemikiran, bukan ikutan dan hafazan semata-mata.
o Interaktif; soal jawab (dua hala) dan interaksi sesama pelajar
o Penggunaan alat audio visual.
o Tugasan yang melibatkan pembacaan atau pencarian maklumat dalam internet, bagi yang ada.
o Pengamalan solat, selawat, tasbih, zikir, doa dan lain-lain.
o Rekod solat harian.
o Amalan akhlak mulia di kelas dan penggalakannya di rumah dan lain-lain tempat setiap masa.
|
![]() Mutiara KAFA Learning Centre
KELAS SABTU
Amalan Islam
(Muslim Practice)
9.00 pagi - 12.00 tengahari
![]() Menjadikan Islam
Sebagai Cara Hidup
Anjuran:
Mutiara KAFA Learning Centre
No 18-2, Jalan PJU 7/16A, Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor
Tel no: 7725 9163 Faks: 03-7725 9164
Email: mutiarakafa@yahoo.com
mutiarakafa.blogspot.com
|
BAHAN-BAHAN ILMU
@ Quran terjemahan disediakan. Pelajar digalakkan memiliki senaskhah di rumah.
@ Buku kerja yang disediakan khusus setiap semester.
@ Buku Rekod Pelajar
TARIKH & MASA
Tiap-tiap Sabtu dari 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari sepanjang tahun.
UNTUK SIAPA?
Pelajar berumur 6 – 15 tahun, lelaki dan perempuan.
Pelajar non-Muslim yang berminat.
YURAN
Pendaftaran (sekali sahaja) = RM 50
Bahan-bahan (setahun sekali) = RM 50
Bulanan = RM 60
PENDAFTARAN
Dibuka sepanjang tahun. Sila datang ke sekolah atau isi dan hantarkan Borang Pendaftaran.
Borang boleh dimuat turun di bawah ini.
(148 KB)
PERTANYAAN
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pn. Rohaya : 012-3700013
Pn. Nurin : 013-3980064
|
[ kembali ]

.jpg)
