Mari Kita Bersatu
Tiga kali gagal dapat tauliah
29 Jan 2010
hmetro.com.my
Oleh Murni Wan Omar
murni@hmetro.com.my
2010/01/29
Yang terakhir itu tertuduh mohon melalui Datuk Dr Hasan Mohd Ali iaitu bagi memohon pengecualian tauliah pada 2009. “Pertama kali ditolak, pegawai yang bertugas ketika itu sudah memaklumkan bahawa ia pandangan daripada pihak Jakim, bagaimanapun saya tidak tahu selanjutnya, hanya itu yang dimaklumkan,” katanya ketika menjawab soalan peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruzzaman yang mewakili Dr Abdullah.
Dr Abdullah, 63, didakwa mengajar tafsir al-Quran, Surah al-Baqarah, ayat 14 hingga 20, berhubung agama Islam tanpa tauliah yang diberikan mengikut Seksyen 118(3), Enakmen Pentadbiran Agama Islam. Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah Pusat Rukun Tetangga, Seksyen 14/26 Petaling Jaya, pada jam 4.30 petang, pada 24 April 2006. Beliau didakwa melakukan kesalahan mengajar tanpa tauliah mengikut Seksyen 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Syarie Mohamad Nazri Basrawi di hadapan Hakim Syarie Ghazali Ahmad. Terdahulu ketika menjawab soalan Mohamad Nazri, Ahmad Zaki memberitahu mahkamah, sebelum mendapatkan kebenaran tauliah, setiap individu perlu mengemukakan borang permohonan sebelum dipanggil temu duga dan seterusnya diberikan kad tauliah. “Jawatankuasa tauliah akan menilai, menimbang dan memutuskan seseorang itu sama ada layak diberi kad tauliah atau pengecualian.
Kad tauliah diberikan mempunyai tempoh dua hingga lima tahun.
Tauliah juga terdapat beberapa kategori. “Apabila tempoh tauliah tamat, pemohon perlu mengisi borang sekali lagi dan perlu menghadiri temu bual.
murni@hmetro.com.my
2010/01/29
PETALING JAYA: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, bahawa keputusan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk menolak permohonan tauliah penceramah agama Dr Abdullah Yasin berdasarkan maklumat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah Jais, Ahmad Zaki Arshad, berkata berdasarkan rekod di bahagiannya, Dr Abdullah memohon tauliah sebanyak tiga kali bagi membolehkan dia memberi ceramah di kawasan Selangor iaitu 2004, 2006 dan 2008. “Permohonan pada 2004 ditolak, pada 2006 tidak diproses dan tidak direkod tetapi ada dalam fail manakala pada 2009 pula, sekali lagi ditolak.Yang terakhir itu tertuduh mohon melalui Datuk Dr Hasan Mohd Ali iaitu bagi memohon pengecualian tauliah pada 2009. “Pertama kali ditolak, pegawai yang bertugas ketika itu sudah memaklumkan bahawa ia pandangan daripada pihak Jakim, bagaimanapun saya tidak tahu selanjutnya, hanya itu yang dimaklumkan,” katanya ketika menjawab soalan peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruzzaman yang mewakili Dr Abdullah.

[ kembali ]