Makalah : Al-Quran
Tafsir Surah Al-Naba' (Siri 2)
1 Mac 2010
Dr. Ustaz Abdullah Yasin
إِنَّ جَهَنَّمَ كَانَتۡ مِرۡصَادً۬ا (٢١) لِّلطَّـٰغِينَ مَـَٔابً۬ا (٢٢) لَّـٰبِثِينَ فِيہَآ أَحۡقَابً۬ا (٢٣) لَّا يَذُوقُونَ فِيہَا بَرۡدً۬ا وَلَا شَرَابًا (٢٤) إِلَّا حَمِيمً۬ا وَغَسَّاقً۬ا (٢٥) جَزَآءً۬ وِفَاقًا (٢٦) إِنَّہُمۡ ڪَانُواْ لَا يَرۡجُونَ حِسَابً۬ا (٢٧) وَكَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا كِذَّابً۬ا (٢٨) وَكُلَّ شَىۡءٍ أَحۡصَيۡنَـٰهُ ڪِتَـٰبً۬ا (٢٩) فَذُوقُواْ فَلَن نَّزِيدَكُمۡ إِلَّا عَذَابًا (٣٠) إِنَّ لِلۡمُتَّقِينَ مَفَازًا (٣١) حَدَآٮِٕقَ وَأَعۡنَـٰبً۬ا (٣٢) وَكَوَاعِبَ أَتۡرَابً۬ا (٣٣) وَكَأۡسً۬ا دِهَاقً۬ا (٣٤) لَّا يَسۡمَعُونَ فِيہَا لَغۡوً۬ا وَلَا كِذَّٲبً۬ا (٣٥) جَزَآءً۬ مِّن رَّبِّكَ عَطَآءً حِسَابً۬ا (٣٦) رَّبِّ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَہُمَا ٱلرَّحۡمَـٰنِۖ لَا يَمۡلِكُونَ مِنۡهُ خِطَابً۬ا (٣٧) يَوۡمَ يَقُومُ ٱلرُّوحُ وَٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ صَفًّ۬اۖ لَّا يَتَكَلَّمُونَ إِلَّا مَنۡ أَذِنَ لَهُ ٱلرَّحۡمَـٰنُ وَقَالَ صَوَابً۬ا (٣٨) ذَٲلِكَ ٱلۡيَوۡمُ ٱلۡحَقُّۖ فَمَن شَآءَ ٱتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِۦ مَـَٔابًا (٣٩) إِنَّآ أَنذَرۡنَـٰكُمۡ عَذَابً۬ا قَرِيبً۬ا يَوۡمَ يَنظُرُ ٱلۡمَرۡءُ مَا قَدَّمَتۡ يَدَاهُ وَيَقُولُ ٱلۡكَافِرُ يَـٰلَيۡتَنِى كُنتُ تُرَٲبَۢا (٤٠)
Pada ayat-ayat sebelum ini Alah S.W.T. menerangkan kepada hamba-hamba-Nya bahawa kejadian alam semesta ini dapat dijadikan bukti akan adanya hari berbangkit, kerana itu manusia wajib mempercayainya. Selain itu Allah S.W.T. juga menerangkan tentang peristiwa dahsyat yang terjadi pada hari berbangkit tersebut.
Pada ayat berikut ini Allah menjelaskan pula akibat yang akan diterima oleh orang-orang yang mendustakan hari berbangkit dan akibat yang akan diterima oleh orang-orang yang percaya kepadanya. Jadi manusia kelak setelah dihisab akan terbahagi kepada dua kelompok, iaitu: Penghuni Neraka dan penghuni Syurga.
Allah S.W.T. menjelaskan tentang Penghuni Neraka:
ِإِنَّ جَهَنَّمَ كَانَتۡ مِرۡصَادً۬ا (٢١) لِّلطَّـٰغِينَ مَـَٔابً۬ا (٢٢) لَّـٰبِثِينَ فِيہَآ أَحۡقَابً۬ا (٢٣) لَّا يَذُوقُونَ فِيہَا بَرۡدً۬ا وَلَا شَرَابًا (٢٤) إِلَّا حَمِيمً۬ا وَغَسَّاقً۬ا (٢٥) جَزَآءً۬ وِفَاقًا (٢٦)
21. Sesungguhnya neraka Jahannam itu (padanya) ada tempat pengintai, 22. Lagi menjadi tempat kembali bagi orang-orang yang melampaui batas, 23. Mereka tinggal di dalamnya berabad-abad lamanya, 24. Mereka tidak merasakan kesejukan di dalamnya dan tidak (pula mendapat) minuman, 25. Selain air yang mendidih dan nanah, 26. Sebagai pambalasan yang setimpal.
Di dalam ayat ini Allah S.W.T. menerangkan tentang golongan yang pertama iaitu Penghuni Neraka Jahannam. Di sini disebut penghuni neraka terlebih dahulu kerana motif utama surah ini diturunkan ialah untuk memberi amaran keras atau ancaman. Allah S.W.T. menggambarkan tentang keadaan neraka tersebut, antaranya:
1. Pada neraka Jahannam itu terdapat (Mirshad): tempat mengintai. Malaikat yang ditugaskan menjaga neraka akan mengintai dengan sungguh-sungguh gerak-gerik penghuni neraka. Perkataan (Mirshad) selain menunjukkan tempat iaitu tempat mengintai, ia juga boleh dijadikan sifat bagi neraka kerana neraka memiliki sifat sentiasa mengintai musuh-musuh Allah yang melaluinya.1
2. Setiap manusia mesti melalui neraka sebelum mereka sampai ke syrga. Ini sebagaimana firman Allah: ( وَإِن مِّنكُمۡ إِلَّا وَارِدُهَا ) : Dan tidak ada seorangpun daripadamu, melainkan mendatangi neraka itu. (Maryam : 71). Maksud ayat: Semua manusia pasti melalui neraka kerana neraka terletak di bawah Siratal Mustaqim. Neraka akan melepaskan sesiapa yang layak dilepaskan sehingga sampai ke syurga dan akan menjatuhkan sesiapa yang layak dijatuhkan.2
3. Neraka disediakan oleh Allah untuk ( لِّلطَّـٰغِينَ ) : untuk orang-orang yang melampaui batasan. Menurut Imam Ibnu Kathir: Mereka adalah orang-orang yang bergelumang maksiat dan menentang ajaran rasul.3
4. Mereka akan tinggal di dalam neraka selama-lamanya.
Di dalam neraka mereka tidak pernah merasa nyaman dan tidak pernah mendapatkan minuman yang menghilangkan dahaga kecuali diberi minuman air yang mendidih dan nanah yang sangat menjijikkan dan sangat busuk baunya. Ini merupakan balasan yang setimpal terhadap perbuatan mereka ketika di dunia dulu.5
إِنَّہُمۡ ڪَانُواْ لَا يَرۡجُونَ حِسَابً۬ا (٢٧) وَكَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا كِذَّابً۬ا (٢٨) وَكُلَّ شَىۡءٍ أَحۡصَيۡنَـٰهُ ڪِتَـٰبً۬ا (٢٩) فَذُوقُواْ فَلَن نَّزِيدَكُمۡ إِلَّا عَذَابًا (٣٠)
27. Sesungguhnya mereka tidak berharap (takut) kepada hisab, 28. Dan mereka mendustakan ayat-ayat kami dengan sesungguh- sungguhnya. 29. Dan segala sesuatu Telah kami catat dalam suatu kitab. 30. Karena itu rasakanlah. dan kami sekali-kali tidak akan menambah kepada kamu selain daripada azab.
Di antara pengajaran dari ayat ini ialah:
1. Allah S.W.T. mendedahkan dua sifat golongan yang layak mendapat siksaan sebagaimana di atas, iaitu: Pertama: Mereka tidak takut kepada hisab. Kedua: Mereka mendustakan ayat-ayat Allah.
2. Menurut Imam Al-Naisaburi: Allah menggambarkan sifat mereka yang tidak takut kepada hisab itu dengan ungkapan (إِنَّہُمۡ ڪَانُواْ لَا يَرۡجُونَ حِسَابً۬ا ) : Makna asalnya: Sesungguhnya mereka tidak mengharapkan hisab. Ini mengisyaratkan betapa dangkalnyaiman mereka. Sebab kesan negatif daripada tidak yakin akan adanya hari berbangkit nescaya tidak akan mendorongnya melakukan amal soleh walaupun bagaimana besarnya ganjaran yang dijanjikan, malahan sikap demikian justeru akan mendorongnya melakukan kejahatan dan penganiayaan terhadap orang lain. Sedangkan sifat kedua (وَكَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا كِذَّابً۬ا ) : Dan mereka sungguh-sungguh mendustakan ayat-ayat Kami. Sifat ini pula menunjukkan betapa rosak akidah mereka sehingga sangup mengingkari kebenaran dan mendustakan para rasul.6
3. Menurut Al-Qasyaani: Dengan memiliki dua sifat tercela itu akhirnya luput dari mereka dua perkara, iaitu: amal dan ilmu. Amal soleh luput dari mereka kerana mereka tidak takut kepada hisab dan ilmu juga luput dari mereka kerana mereka mendustakan ayat-ayat Allah.7
4. Allah menerangkan bahawa segala perbuatan mereka telah ada catatannya di sisi Allah. Dalam buku catatan amalan itu tidak ada yang luput sedikitpun, semua tertulis dengan sempurna. Kepada mereka akan dikatakan: Rasakanlah olehmu siksaan Kami! Dan Kami tidak akan menambah kepada kamu selain daripada menambah azab.
5. Imam Qatadah meriwayatkan dari Abdullah Bin ‘Amru, katanya8 : Tidak ada ayat yang diturunkan untuk penghuni neraka yang paling menggerunkan dibandingkan dengan ayat ini (فَذُوقُواْ فَلَن نَّزِيدَكُمۡ إِلَّا عَذَابًا ) : Karena itu rasakanlah. dan kami sekali-kali tidak akan menambah kepada kamu selain daripada azab.
إِنَّ لِلۡمُتَّقِينَ مَفَازًا (٣١) حَدَآٮِٕقَ وَأَعۡنَـٰبً۬ا (٣٢) وَكَوَاعِبَ أَتۡرَابً۬ا (٣٣) وَكَأۡسً۬ا دِهَاقً۬ا (٣٤) لَّا يَسۡمَعُونَ فِيہَا لَغۡوً۬ا وَلَا كِذَّٲبً۬ا (٣٥) جَزَآءً۬ مِّن رَّبِّكَ عَطَآءً حِسَابً۬ا (٣٦)
31. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan, 32. (yaitu) kebun-kebun dan buah anggur, 33. Dan gadis-gadis remaja yang sebaya, 34. Dan gelas-gelas yang penuh (berisi minuman). 35. Di dalamnya mereka tidak mendengar perkataan yang sia-sia dan tidak (pula) perkataan dusta. 36. Sebagai pembalasan dari Tuhanmu dan pemberian yang cukup banyak,
Di dalam ayat-ayat ini Allah S.W.T. menerangkan pula tentang golongan yang kedua. Mereka adalah orang-orang yang bertakwa. Hanya orang-orang yang bertakwa sahaja yang akan berhasil melepasi titian Siratal Mustaqim sehingga berhasil masuk ke dalam syurga. Merekalah orang-orang yang akan mendapat kemenangan. Ini sebagaimana firman Allah:
وَإِن مِّنكُمۡ إِلَّا وَارِدُهَاۚ كَانَ عَلَىٰ رَبِّكَ حَتۡمً۬ا مَّقۡضِيًّ۬ا (٧١) ثُمَّ نُنَجِّى ٱلَّذِينَ ٱتَّقَواْ وَّنَذَرُ ٱلظَّـٰلِمِينَ فِيہَا جِثِيًّ۬ا (٧٢)
71. Dan tidak ada seorangpun dari padamu, melainkan mendatangi neraka itu. hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan. 72. Kemudian kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut. ( Q.S. Maryam : 71-72).
Di dalam ayat di atas Allah S.W.T. berjanji akan menganugerahkan kepada orang-orang yang bertakwa yang takut menyalahi perintah Allah dengan
1. Kemenangan dan keselamatan daripada siksaan neraka. Terhindar daripada seksaan dan bencana termasuk salah satu nikmat utama, malahan lebih utama daripada mendapatkan kesenangan hidup. Atas dasar itulah manusia berdosa pad hari akhirat lebih suka memilih agar mereka dijadikan tanah kembali sebagaimana binatang, asalkan mereka boleh terhindar daripada siksaan neraka.
2. mendapat kenikmatan berupa kebun-kebun yang memiliki bermacam-macam pokok dan buah-buahan. Disebut di sini anggur secara khusus kerana ia terasuk buah-buahan yang paling istimewa. Ini memberi isyarat bahawamereka di
3. Mendapat anugerah gadis-gadis remaja yang sebaya umurnya. Allah S.W.T. menggambarkan di sini kejelitaaan gadis-gadis tersebut dengan ungkapan (كَوَاعِبَ ) ertinya: gadis-gadis yang indah payudaranya dan ungkapan (أَتۡرَابً۬ا ) ertinya: sebaya umurnya. Ini pula memberi isyarat mereka akan mendapat kenikmatan seksual atau naluri (fitrah insan).
4. Mendapat kenikmatan berupa gelas-gelas yang penuh berisi khamar (arak) yang tidak memabukkan. Ini sebagaiman yang Allah sifatkan di dalam firman-Nya
(لَّا يُصَدَّعُونَ عَنۡہَا وَلَا يُنزِفُونَ ) : Mereka tidak pening kerananyadan tidak pula mabuk. (Q.S,
Al-waqiah: 19). Ini pula melambangkan kenikmatan hiburan yang tidak melalaikan.
5. Tiada di dalam syurga perkataan yang sia-sia atau dusta. Kalau di dunia tidak dapat dihindarkan ucapan-ucapan yang batil dan dusta, terutama di dalam majlis yang ada padanya minuman khamar. Tetapi di dalam syurga keadaan itu tidak akan terjadi kerana akal penghuni syurga tidak akan berubah kerana minum arak. Hakikat ini pula menunjukkan betapa tenteramnya jiwa mereka.
Setelah menyebut satu demi satu kenikmatan yang bakal diterima oleh orang-orang yang bertakwa, lalu Allah S.W.T. menerangkan pula kepada mereka bahawa segala kenikmatan itu adalah anugerah daripada Allah S.W.T. yang cukup banyak sebagai rahmat dan karunia daripada-Nya.
رَّبِّ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَہُمَا ٱلرَّحۡمَـٰنِۖ لَا يَمۡلِكُونَ مِنۡهُ خِطَابً۬ا (٣٧) يَوۡمَ يَقُومُ ٱلرُّوحُ وَٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ صَفًّ۬اۖ لَّا يَتَكَلَّمُونَ إِلَّا مَنۡ أَذِنَ لَهُ ٱلرَّحۡمَـٰنُ وَقَالَ صَوَابً۬ا (٣٨) ذَٲلِكَ ٱلۡيَوۡمُ ٱلۡحَقُّۖ فَمَن شَآءَ ٱتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِۦ مَـَٔابًا (٣٩) إِنَّآ أَنذَرۡنَـٰكُمۡ عَذَابً۬ا قَرِيبً۬ا يَوۡمَ يَنظُرُ ٱلۡمَرۡءُ مَا قَدَّمَتۡ يَدَاهُ وَيَقُولُ ٱلۡكَافِرُ يَـٰلَيۡتَنِى كُنتُ تُرَٲبَۢا (٤٠)
37. Tuhan yang memelihara langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya; yang Maha Pemurah. mereka tidak dapat berbicara dengan Dia. 38. Pada hari, ketika ruh dan para malaikat berdiri bershaf- shaf, mereka tidak berkata-kata, kecuali siapa yang Telah diberi izin kepadanya oleh Tuhan yang Maha Pemurah; dan ia mengucapkan kata yang benar. 39. Itulah hari yang pasti terjadi. Maka barangsiapa yang menghendaki, niscaya ia menempuh jalan kembali kepada Tuhannya. 40. Sesungguhnya kami Telah memperingatkan kepadamu (hai orang kafir) siksa yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang Telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata:"Alangkah baiknya sekiranya dahulu adalah tanah".
Di antara pengajaran yang dapat diambil dari ayat-ayat di atas ialah:
1. Allah menerangkan bahawa Dia-lah Tuhan yang memelihara langit dan bumi dan segala yang terdapat di antara keduanya. Keagungan Allah pada hari kiamat sangat terserlah sehingga tidak seorangpun yang akan berbicara dengan Allah melainkan setelah mendapat keizinan daripada-Nya.
2. Pada hari kiamat Roh (Jibrail) dan para malaikat lainnya berdiri berbaris bersaf-saf menunggu perintah Allah. Mereka tidak berkata-kata kecuali siapa yang telah mendapat izin Allah. Ini memberi isyarat betapa keagungan dan kehebatan Allah sehingga makhluk-Nya yang paling tinggi martabatnya yakni malaikat juga mesti tunduk dengan izin Allah.
3. Al-Zamakhsyari berkata: Mereka yang dapat berkata dengan Allah mestilah memenuhi dua syarat, iaitu: Pertama: Setelah mendapat keizinan daripada Allah; Kedua: Hendaklah berkata dengan perkataan yang benar.9
4. Hari Kiamat pasti akan terjadi dan perkara yang selama ini tersembnyi, maka pada hari itu akan dibongkar. Oleh itu, bersegeralah memohon ampunan Allah dan kembali ke pangkal jalan serta memperbanyak bekal menghadapi hari tersebut (فَمَن شَآءَ ٱتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِۦ مَـَٔابًا ): Maka barang siapa yang menghendaki, niscaya ia menempuh jalan kembali kepada Tuhannnya.
5. Allah telah memberi peringatan kepada orang-orang kafir akan siksaan akhirat dan betapa dekatnya siksaan itu. Persoalan jarang waktu bukanlah sesuatu yang penting tetapi yang lebih penting ialah peristiwa itu pasti akan kita alami.
6. Sikap orang yang berakal sihat selalu membuat persiapan untuk menghadapi peristiwa-peristiwa yang akan ditemuinya. Pada hari kiamat manusia akan melihat apa yang telah dilakukannya. Firman Allah:
يَوۡمَ تَجِدُ ڪُلُّ نَفۡسٍ۬ مَّا عَمِلَتۡ مِنۡ خَيۡرٍ۬ مُّحۡضَرً۬ا وَمَا عَمِلَتۡ مِن سُوٓءٍ۬ تَوَدُّ لَوۡ أَنَّ بَيۡنَهَا وَبَيۡنَهُ ۥۤ أَمَدَۢا بَعِيدً۬اۗ وَيُحَذِّرُڪُمُ ٱللَّهُ نَفۡسَهُ ۥۗ وَٱللَّهُ رَءُوفُۢ بِٱلۡعِبَادِ (٣٠)
30. Pada hari ketika tiap-tiap diri mendapati segala kebajikan dihadapkan (dimukanya), begitu (juga) kejahatan yang Telah dikerjakannya; ia ingin kalau kiranya antara ia dengan hari itu ada masa yang jauh; dan Allah memperingatkan kamu terhadap siksa-Nya. dan Allah sangat Penyayang kepada hamba-hamba-Nya.
7. Pada hari itu orang yang ingkar akan berkata: (يَـٰلَيۡتَنِى كُنتُ تُرَٲبَۢا ): “Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah”. Terdapat dua penafsiran terhadap ayat ini, iaitu:10
7.1. Orang-orang kafir menginginkan kiranya mereka dahulu ketika di dunia hanya batu atau tanah sahaja atau kalau boleh tidak dilahirkan ke permukaan bumi supaya tidak perlu bertanggung jawab terhadap apa yang mereka telah lakukan.
7.2. terdapat riwayat dari Abu Hurairah dan Abdullah Bin Amru dan lain-lain bahawa binatang juga akan dihisab di akhirat nanti. Setelah binatang diadili lalu Allah berfirman: “Jadi tanahlah kamu! Lalu binatang pun menjadi tanah”. Pada ketika itulah orang-orang kafir akan berkata: “Alangkah baiknya kalau aku dahulu hanya seekor binatang lalu dikembalikan menjadi tanah”.
Kedua-dua tafsiran di atas menggambarkan betapa penyesalan orang-orang kafir pada hari berbangkit nanti. Semoga Allah melindungi kita daripada mengalami nasib seperti itu, amin ya Rabbal ‘Alamin.
KESIMPULAN:
1. Neraka Jahannam disediakan oleh Allah untuk orang-orang yang melampaui batas. Mereka mempunyai dua sifat utama, iaitu: Tidak takut kepada hari berhisab dan mendustakan ayat-ayat Allah. Akibat memiliki dua sifat ini akhirnya luput dari mereka amal dan ilmu.
2. Setiap manusia pasti melalui neraka. Pada neraka ada tempat mengintai. Dia akan menjatuhkan siapa yang layak dijatuhkan ke dalam neraka dan hanya orang yang bertakwa sahaja yang akan selamat hingga tiba ke syurga.
3. penghuni neraka akan disiksa dengan pelbagai bentuk siksaan, antaranya: Tidakpernah merasa nyaman, tiada bagi mereka minuman kecuali air yang mendidih dan nanah yang sangat busuk dan menjijikkan.
4. orang-orang yang bertakwa ditempatkan di dalam syurga. Mereka akan mendapat pelbagai nikmat jasmani dan rohani, antaranya: buah-buahan, pasangan yang menyenangkan, minuman yang lazat, tiada kata-kata yang sia-sia dan dusta dan lain-lain.
5. pada hari kiamat Jibrail dan para malaikat berdiri dengan teratur bersaf-saf. Tidak ada seorangpun yang berkata-kata kecuali dengan izin Allah dan mengucapkan kata-kata yang benar.
6. Hari kiamat pasti datang. Ssetiap yang akan datang adalah dekat. Malahan yang lebih mustahak bukat dekat jauhnya tempoh yang dijanjikan itu tetapi yang pasti semua aktiviti dan kegiatan kita pasti akan dihisab.
7. setelah mengetahui bahawa mereka akan diseksa maka orang-orang kafir menginginkan kalau boleh mereka menjadi tanah sahaja sebagaimana binatang dijadikan tanah setelah diadili. Ini menggambarkan betapa pedih dan dahsyat siksaan di akhirat.
8. Terdapat dua ciri-ciri orang yang berakal, iaitu: Orang yang paling banyak mengingati mati dan orang yang sentiasa memperbanyak bekal untuk kehidupannya setelah mati.
1. Tafsir Al-Munir; Prof Wahbah Al-Zuhaili; Juz XXX / 18
2. Tafsir Kalam Al-Mannan; Syeikh Abdul Rahman Bin nasir Al-Sa’adi; Hal. 448
3. Tafsir Al-Quran Al-‘Azim; Ibn Kathir; IV / 595
4. Tafsir Al-Qasimi; Syeikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi; VII / 246
5. Tafsir Kalam Al-Mannan; Hal. 839
6. Tafsir Gharaaib Al-Quran; Imam Al-Naisaburi; XXX / 10
7. Tafsir Al-Qasimi; VII / 246
8. Tafsir Al-Maraghi; Syeikh Ahmad Mustafa Al-Mughari; XXX / 5
9. Tafsir Al-Qasimi; VII/ 248
10. Tafsir Al-Quran Al-‘Azim; Ibn Kathir; IV / 598 - 599
[ kembali ]